Pertemuan Khairuddin-Brown Ada Kaitan Pendedahan SR?

Gambar pertemuan Khairuddin dengan Brown di London seperti mana dimuatnaik dalam Facebooknya pada 1 Julai lalu menimbulkan syak apakah bekas pemimpin Umno itu terbabit dalam pendedahan isu 1MDB.

PETALING JAYA: Gambar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersama pengasas Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown menimbulkan syak mengenai pembabitannya sebagai pemberi maklumat yang membawa kepada pendedahan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan carian The Star, didapati Khairuddin yang secara terang mengkritik 1MDB memuatnaik gambar di Facebook beliau pada 1 Julai lalu selepas pertemuan di London. Mereka dikatakan membicarakan mengenai penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andrea Justo.

Justo, warga Switzerland ditahan polis Thailand kerana didakwa membocorkan rahsia syarikat kepada SR.

Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan menulis bahawa Brown mengesahkan peguam SR mengirim notis kepada syarikat risikan siber, Protection Group International (PGI) untuk mengesahkan jika PGI terbabit dalam laporan New Straits Times (NST) iaitu artikel SR adalah berasaskan dokumen yang dipalsukan Justo.

"Bagaimanapun, PGI gagal mengesahkan sama ada sumber yang mendedahkan kepada NST adalah daipada syarikat sama," kata Khairuddin.

Beliau juga mempersoalkan kenapa PGI tidak mengesahkan telah memberi kenyataan (kepada NST) jika mereka adalah pihak yang menyatakan dokumen Justo itu palsu.

"Clare Brown mengesahkan bahawa fakta dalam artikel itu tidak ada kaitan dengan maklumat daripada Justo.

"Laporan Sarawak Report adalah berasaskan maklumat tepat dan autentik.

"Artikel itu berdasarkan kepada fakta palsu, kenapa 1MDB atau Putrajaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report atau dia sebagai editornya," kata Khairuddin lagi.

Tambah Khairuddin, Putrajaya lebih dahulu menyatakan dokumen itu tidak benar sebelum polis Thai mengeluarkan laporan mereka.

"Satu lagi perkara adalah polis Thai berkata, Justo ditahan berasaskan ugutan dan bukan kerana membocorkan dokumen atau maklumat palsu," katanya.

Pada Jumaat, Khairuddin mencabar Najib membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap SR dan WSJ untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu.

Cubaan untuk mendapatkan komen Khairuddin tidak berjaya.

Pada Februari lalu, SR mendakwa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mengusahakan urus niaga AS$2.5 bilion antara PetroSaudi dan 1MDB pada 2009.

Juga difahamkan aset AS$1.5 bilion PetroSaudi disuntik untuk usaha sama itu bukan milik firma Jho Low.

Ia berakhir enam bulan lalu dengan pelaburan 1MDB sebanyak US$1 bilion yang ditukar kepada Mubaraha di mana presiden dan pengarah eksekutif kumpulannya, Arul Kanda Kandasamy mengesahkan ia telah dibayar balik sepenuhnya.

Bagaimanapun, NST memetik PGI berkata dokumen yang dicuri daripda PetroSaudi oleh Justo dan diterbitkan SR adalah palsu.



Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain