Subramaniam Beri Keutamaan Adakan Pemilihan MIC Secepat Mungkin - Semasa | mStar

Subramaniam Beri Keutamaan Adakan Pemilihan MIC Secepat Mungkin

SEREMBAN: Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti secepat mungkin bagi membolehkan parti itu kembali kepada keadaan sedia kala.

"Oleh itu, MIC kini memberi keutamaan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti sebelum Oktober ini. Kita mahu menyelesaikan krisis dalaman parti dan seterusnya memulihkan kembali keadaan parti seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MySihat di SJK(T) Rantau dekat sini, Ahad.

Katanya apa yang berlaku sepanjang satu tahun setengah ini telah mengganggu parti menyebabkannya tidak bergerak langsung.

"Kita tidak boleh di dalam keadaan yang sama dalam satu jangka masa yang lama kerana ini akan memberi kesan ke atas parti dan masyarakat pada keseluruhannya.

"Selain itu, ia turut memberi kesan terhadap pencapaian kita pada pilihan raya umum akan datang. Memandangkan UMNO telah mempunyai keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan dan jika ini telah ditetapkan, kita kena bersedia," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata ketua-ketua cawangan dan pemimpin MIC di peringkat akar umbi perlu memahami perkara ini untuk sama-sama memulihkan parti agar ia boleh berfungsi dengan segera.

"Kalau kita tidak berbuat demikian maka kita akan menghadapi masalah serius.

Itu yang paling penting dan itu tanggungjawab saya untuk membawa parti kepada keadaan biasa," katanya.

MIC

Artikel Sebelum

BAT Naikkan Harga Rokok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.