suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kempen Derma Darah Di Pusat Konvensyen TTI Pada 2 Julai

KUALA TERENGGANU: Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) kembali meneruskan tradisinya setiap kali Ramadan dengan menganjurkan kempen derma darah bertemakan 1Darah 1Malaysia pada 2 Julai depan.

Kempen anjuran bersama TTIMSB dan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia itu bertujuan menggalakkan umat Islam untuk menderma darah selepas berbuka puasa.

Pengarah Urusan TTIMSB Wan Adnan Wan Deraman berkata kempen yang bermula pada pukul 8.30 malam itu akan diadakan di Pusat Konvensyen TTI untuk mengisi tabung dDarah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Katanya, orang ramai boleh menderma selepas berbuka puasa atau solat tarawih bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Sehubungan itu orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 09-6278888/8807 untuk maklumat lanjut.-- Bernama




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain