suria

Dua Sekolah Rosak Akibat Gegaran

Keadaan siling runtuh di perpustakaan SMK Agama Mohd Ali.

RANAU: Dua buah sekolah di sini rosak selepas gegaran 3.5 pada skala Richter yang menggegarkan daerah pedalaman di kaki Gunung Kinabalu.

Siling perpustakaan di SMK Agama Mohd Ali runtuh berikut gegaran pada 11 pagi Selasa.

Kerosakan lebih serius berlaku di SJK (C) Pai Wen, di mana kesan keretakan besar dapat dilihat di dinding blok empat bilik darjah, bilik mesyuara, makmal dan pejabat pengetua.

Keadaan sebuah blok di SJK (C) Pai Wen.

Sebahagian daripada siling dewan sekolah juga jatuh, menyebabkan pelajar dan guru-guru melarikan diri dari bilik darjah.

Pengetua SMK Agama Mohd Ali, Jaimis Saiman berkata pelajar berkumpul di kawasan lapang selepas siling perpustakaan runtuh.

"Nasib baik, tiada siapa di perpustakaan dan di laluan pejalan kaki," kata beliau, sambil menambah bahawa dua siling bilik darjah juga runtuh selepas gegaran 5.1 pada skala Richter pada 12 Jun lalu.

Jabatan Pendidikan Negeri sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jaimis berkata pelajar bimbang untuk menghadiri sekolah sejak insiden gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Katanya rekod kehadiran menurun kepada 85 peratus apabila sekolah dibuka semula pada 15 Jun.

Gempa Bumi, Gunung Kinabalu

Artikel Lain