Sektor Pembinaan, Perkhidmatan & Pembuatan Bakal Tingkat Pertumbuhan RMK11 - Semasa | mStar

Sektor Pembinaan, Perkhidmatan & Pembuatan Bakal Tingkat Pertumbuhan RMK11

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan dijangka meningkat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi memacu Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020. 

Sektor pembinaan menjadi semakin penting berikutan peningkatan permintaan terhadap infrastruktur yang moden dan cekap, selari dengan matlamat negara maju, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri dalam Dokumen RMK11.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan rancangan lima tahun tersebut (2016-2020) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut dokumen itu, dalam tempoh RMK11, sektor pembinaan diunjur berkembang pada kadar 10.3 peratus setahun dan menyumbang RM327 bilion atau 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Dalam tempoh RMK10, sektor pembinaan mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 11.1 peratus, disokong oleh kejuruteraan awam yang berkembang pada kadar 9.3 peratus setahun.

Ia diikuti subsektor kediaman dan bukan kediaman, masing-masing pada kadar purata 16.5 peratus dan 9.1 peratus.

Menurut dokumen itu, kerajaan akan memperkenalkan Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 untuk memesatkan pembangunan industri bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dalam tempoh RMK11, usaha mentransformasi sektor pembinaan akan berdasarkan empat strategi, termasuk memacu produktiviti melalui peningkatan penggunaan teknologi dan pemodenan kaedah pembinaan.

Antara tahun 2016 dan 2020, pembangunan sektor perkhidmatan akan berpandukan kepada Blueprint Sektor Perkhidmatan yang bermatlamat meningkatkan potensi dan mentranformasikan sektor ini kepada sektor berintensif pengetahuan dan inovasi.

Sektor ini dijangka berkembang pada kadar 6.9 peratus setahun dan pada tahun 2020, sektor ini akan menyumbang 56.5 peratus kepada KDNK dan menggaji 9.6 juta pekerja.

Bagi mencapai sasaran ini, lima strategi akan dilaksanakan termasuk memantapkan tadbir urus secara komprehensif dan bersepadu melalui pengukuhan kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan pihak berkepentingan serta memodenkan kawal selia.

Menurut dokumen itu sektor pembuatan akan beralih kepada pengeluaran produk bernilai tinggi, lebih kompleks dan pelbagai.

Proses peralihan ini dipacu oleh tiga subsektor pemangkin, iaitu kimia, elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan dan industri yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi seperti peranti perubatan dan aeroangkasa. 

Subsektor ini mempunyai kesalinghubungan yang kuat dengan subsektor pembuatan yang lain serta berkeupayaan dan berpotensi mengeluarkan produk yang lebih kompleks dan bernilai tambah tinggi.

Sektor pembuatan dijangka berkembang pada kadar 5.1 peratus setahun dan pada tahun 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak 22.4 peratus kepada KDNK serta 18.2 peratus kepada jumlah guna tenaga.

Menurut dokumen RMK11 itu proses peralihan ini akan disokong melalui pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, amalan pembuatan mampan, pematuhan kepada standard global dan peningkatan kerjasama antara pihak berkepentingan.

Lima strategi telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan dan memperkukuh sektor pembuatan, termasuk mengeluarkan produk yang lebih kompleks dan pelbagai dengan memperkukuh asas pengeluaran dan meningkatkan eksport produk frontier.

sektor pembinaan , RMK11

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain