suria

Keputeraan Raja Perlis: Sultan Perak Dianugerah Darjah Kerabat

Sultan Nazrin

ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah bersempena keputeraan baginda ke-72 yang disambut, Ahad.

Istiadat penganugerahan DK itu akan disempurnakan pada tarikh bersesuaian yang akan ditetapkan.

Sultan Nazrin mendahului senarai penerima pingat dan darjah kebesaran Perlis yang diedarkan hari ini.

Pada istiadat penyampaian darjah kebesaran dan pingat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Arau, di sini hari ini, Raja Perlis berkenan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat kepada 35 orang termasuk sembilan penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk'.

Empat penerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' ialah Ketua Pengarah Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Datuk Azman Mahmud; Panglima 1 Divisyen Mej Jen Datuk Stephen Mundaw; dan Penolong Gabenor Bank Negara Bakarudin Ishak.

Lima penerima Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang juga membawa gelaran 'Datuk' ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) Prof Dr Adnan Hussein; Pakar Perunding Anestesiologi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Dr Ismail Ahmad.

Tiga lagi penerima DSPJ ialah Pakar Obstetrik dan Ginekologi HTF Dr Zaridah Shafie; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad; dan bekas Pengarah Bahagian Pentadbiran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kamarulzaman Murad.

Lima orang menerima Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) ialah Siti Zubaidah A.Hamid; Jamil Darus; Amir Zaki Ahmad; Azida Azmi; dan Prof Dr Raja Noor Zaliha Raja Abdul Rahman.

Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) pula dianugerahkan kepada Mohd Salim Bulat; Musa Abu Samah; Nuzrin Nuiman; Prof Dr R. Badlishah Ahmad; Dr Noor Aini Hassan; Prof Madya Dr Zahir Ahmad; Prof Madya Dr Rohana Alias; Prof Madya Dr Mohd Azlan Mohd Ishak; Mohd Adib Zakaria; Lt-Kol (B) Dinon Mohd; Ho Thean Sung; Zulkafli Ahmad; dan Kamarudin Mohd Daud.

Lapan penerima Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) ialah Marzuki Mokhatar; Mohd Amir Othman; Norsiake Kassim; Mohamed Lokman Mahmud; Khalid Mohamed Saad; Dr Mohamad Zamri Kamis; Dr Azilah Desa; dan Latifah Ahmad.-- Bernama





Sultan Nazrin, Perlis, Istana Arau

Artikel Lain