Bayar RM10 Untuk Kredit Panggilan Bernilai RM10 - Ahmad Shabery - Semasa | mStar

Bayar RM10 Untuk Kredit Panggilan Bernilai RM10 - Ahmad Shabery

Ahmad Shabery Cheek.

PUTRAJAYA: Kad tambah nilai prabayar akan berharga RM10 untuk kredit panggilan bernilai RM10, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus pada kad tersebut akan berdasarkan penggunaan dan hanya dikenakan apabila panggilan dibuat.

"GST yang dikenakan terhadap kad tambah nilai kini akan berdasarkan penggunaan. Kerajaan berpendapat bahawa adalah bijak untuk tidak mengutip cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

"Untuk mengimbangi kesan pelaksanaan GST, kerajaan memberitahu pembekal telekomunikasi (Telco) untuk mengurangkan tarif perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, mereka turut diminta untuk menyediakan pakej mampu milik kepada kumpulan seperti pelajar.

"Kerajaan mahu syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan dan mengikuti mekanisme ini dalam tempoh enam bulan," kata Ahmad Shabery dalam sidang media di pejabat kementeriannya di Putrajaya.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan pelaksanaan GST tidak akan memudaratkan rakyat.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ahmad Shabery untuk menyelesaikan isu GST yang menyelubungi kad tambah nilai prabayar.

Kekeliruan ini timbul apabila Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Khazli Ahmad mengumumkan syarikat telekomunikasi diarahkan untuk mengembalikan kad tersebut kepada kadar pra-GST.

Beberapa jam kemudian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu bahawa adalah 'hampir mustahil' untuk membuat perubahan segera kerana isu sistem konfigurasi semula.

kad prabayar , RM10 , Ahmad Shabery Cheek

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain