Najib Terhibur Teka Umur Di How-Old.net - Semasa | mStar

Najib Terhibur Teka Umur Di How-Old.net

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya berusia 46 tahun, menurut laman web How-Old.net yang kini menjadi viral.

"Saya lihat ramai yang cuba teka umur. http://How-Old.net kata saya berumur 46 tahun. Umur sebenar saya 61 tahun. #ILoveThisWebsite #HowOldRobot," kata Najib di facebook rasmi beliau.

Gambar dan komen itu mendapat banyak reaksi selepas ia dimuat naik di Facebook pada pukul 10.32 malam Rabu, di mana salah seorang pengikut laman sosial, Zhi Yang Lim berkata, Najib mempunyai wajah yang sangat kacak.

Seorang lagi pengguna Facebook, Harapan Nusa berkata: "Datuk Seri, kami sokong Datuk Seri. Teruskan", sementara Azry Ashburn pula mengucapkan tahniah kepada Najib sambil berkata: "Masih berjuang pada usia 61 tahun. Tahniah, Datuk Seri. Jaga kesihatan. Malausia masih perlukan Datuk Seri."

Microsoft melancarkan laman web How-Old.net pada minggu lalu. Menurut tulisan naib presiden Microsoft, Joseph Sirosh di twitternya, laman web itu menerima 240 gambar daripada 33 juta pengguna yang berbeza dalam masa empat hari.

Najib Tun Razak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain