suria

Wan Azizah Berang Diajukan Soalan

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berang ketika diajukan soalan berhubung strategi pembangkang yang mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebagai referendum bagi menolak cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bercakap dalam nada yang tinggi, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menolak pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berhubung modal kempen yang digunakan pembangkang.

"GST bukan kena pada kami di Permatang Pauh? Kenapa GST tidak boleh menjadi referendum untuk rakyat di Permatang Pauh?

"Kenapa di Rompin sahaja? Apakah kita dianak tirikan? Saya tidak terima itu (pandangan)," katanya pada sidang media selepas melawat Wat Chanthraram, Tanah Liat di sini, Ahad.

Sebelum ini Wan Saiful yang terkenal sebagai penganalisis politik pro-pembangkang berkata Parlimen Permatang Pauh tidak boleh dijadikan referendum menolak GST kerana ia merupakan kerusi selamat kepada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya menurut Wan Saiful, referendum seharusnya dibuat di kubu kuat BN iaitu di Rompin.

Kata Wan Saiful lagi, PRK Permatang Pauh sepatutnya dijadikan referendum sama ada pengundi pembangkang mahu mengekalkan legasi dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka.

Permatang Pauh, PKR, PAS

Artikel Lain