suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal Dapat Perintah Reman, Ambiga Dan Tiga Yang Lain Dibebaskan

Dari kiri, Arutchelvan, Loke, Ambiga dan Hatta selepas dibebaskan di lokap Jinjang.
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam dan Penaung Negara-ku Datuk Ambiga Sreenevasan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan ahli jawatankuasa PAS Pusat  Dr Hatta ahli Ramli telah dibebaskan dari tahanan polis.

Peguam Gobind Singh Deo berkata Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu menolak permohonan polis untuk menahan reman mereka selama empat hari.

"Permohonan itu telah ditolak atas alasan mereka yang terlibat sedia untuk bekerjasama dan menyerah diri apabila dipanggil polis.

"Jadi tidak ada keperluan bagi mereka ditahan reman sementara menunggu siasatan," katanya kepada pemberita di lokap Jinjang.

Gobind berkata empat yang lain akan pergi ke ibu pejabat polis Dang Wangi pada pukul 4 petang untuk direkodkan kenyataan mereka berhubung perhimpunan bantah GST pada 1 Mei.

"Kita bersedia untuk bekerjasama. Kita akan kembali ke balai polis untuk siasatan diteruskan dan mereka akan dilepaskan selepas memberi kenyataan.

"Saya tidak fikir ia akan melepasi sehingga petang ini," katanya.

Empat yang ditahan adalah kira-kira 30 orang ditahan malam Jumaat selepas perhimpunan tersebut.

Artikel Lain