Kematian Pelajar SJKC Chien Chi Bukan Disebabkan HFMD - Semasa | mStar

Kematian Pelajar SJKC Chien Chi Bukan Disebabkan HFMD

JOHOR BAHARU: Ujian ke atas sampel darah milik seorang murid perempuan Tahun Satu di sini yang meninggal dunia pada 11 April lalu, tidak menemukan Enterovirus 71 (EV71) yang mengakibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kematian murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, Plentong di sini itu tidak boleh dikaitkan dengan HFMD.

"Sampel darah yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di Sungai Buloh minggu lepas mendapati mangsa negatif Enterovirus 71.

"Maknanya, kematian mangsa bukan diakibatkan HFMD... Mungkin disebabkan jangkitan-jangkitan lain atau sebelum itu dia pernah memakan ubat yang memberi komplikasi," katanya sebagai mengulas kes itu di sini, Ahad.

Ayub ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Program Johor Bersih dan Lestari 2015 di Taman Pelangi Indah, di sini.

Murid berkenaan yang tidak didedahkan nama meninggal dunia minggu lepas akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman selepas mengalami simptom HFMD.

Penyakit HFMD yang seringkali menyerang taman didikan kanak-kanak (tadika) serta sekolah rendah pada musim panas, berpunca daripada virus dipanggil Coxsackievirus A16 dan EV -71.

Kedua-duanya mudah merebak melalui hubungan secara langsung dengan mukus, air liur atau najis mangsa yang telah dijangkiti.

HFMD , Plentong , SJKC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain