Huat Seang Sepatutnya Sambut Ulang Tahun Ke-59 Ahad - Semasa | mStar

Huat Seang Sepatutnya Sambut Ulang Tahun Ke-59 Ahad

Tan Huat Seang

ALOR SETAR: Mendiang Datuk Tan Huat Seang, ahli perniagaan yang maut dalam nahas helikopter petang Sabtu bersama lima orang lagi, sepatutnya meraikan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-59 pada Ahad, menurut kenalannya Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Syed Sobri, Pengerusi Majunaka Eco Energy Sdn Bhd, yang ditemui ketika mengunjungi rumah Tan di Taman Golf berkata, isteri mendiang cuba menghalang suaminya ke Pekan, Pahang untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia kerana isteri mendiang Datuk Tan hendak menyambut ulang tahun kelahiran beliau bersama-sama," katanya.

Bagaimanapun Huat Seang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan SP Baiduri Sdn Bhd tetap pergi atas pelawaan Pengerusi Perbadanan PR1MA, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Huat Seang sepatutnya pulang ke Alor Setar, Ahad. Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias turut terkorban apabila helikopter yang mereka naiki bersama Huat Seang dan tiga yang lain terhempas di Semenyih.

Syarikat SP Baiduri yang diterajui mendiang Huat Seang, terlibat dalam pembinaan lebih 1,000 unit rumah pelbagai jenis di bawah Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani.

Sementara itu, bekas anggota Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib yang mengunjungi rumah mendiang berkata, mendiang Huat Seang seorang yang rajin bekerja dan suka bergurau.

"Mendiang bukan berasal daripada keluarga berada, tetapi kerana sifatnya yang rajin, dia boleh berjaya," katanya.

Beliau dan keluarga masih terkejut dengan kejadian menimpa rakannya yang dikenalinya sejak tahun 1980-an itu.

"Saya amat terkejut mendengar berita ini, itu yang mampu saya katakan. Saya selalu mengingatkan anak-anak saya supaya mencontohi kegigihan beliau dalam mencapai kejayaan," kata Abu Bakar.

Mayat mendiang di bawa ke Taman Peringatan di Nilai untuk upacara pembakaran sebelum abunya dibawa pulang kerumahnya di Taman Golf, Ahad malam.

Huat Seang yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti, meninggalkan seorang isteri dan empat anak terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. --Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain