Polis Sambung Reman Pelakon Dan Rakan Terbabit Dadah - Semasa | mStar

Polis Sambung Reman Pelakon Dan Rakan Terbabit Dadah

MUAR: Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menyambung reman selama enam hari bermula Khamis terhadap seorang pelakon lelaki dan rakannya berhubung penemuan lebih 1.3 kilogram syabu dalam kereta dinaiki mereka pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek berumur 37 dan 27 tahun itu selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat hari ini.

Pada 28 Mac lalu pelakon itu yang sudah tiga kali ditahan kerana terbabit dengan kes dadah, ditahan polis buat kali keempat dalam sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan empat paket syabu dalam satu ruang di bahagian tempat letak kaki di bahagian belakang kereta, selain beberapa barangan yang disyaki untuk memproses dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan tempoh lanjutan tahan reman terhadap kedua-dua suspek itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketika keluar daripada mahkamah, pelakon terbabit sempat menunjukkan isyarat `peace' kepada jurugambar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain