suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia-Myanmar Mansuh Keperluan Visa

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Myanmar bersetuju pada dasarnya untuk memansuhkan keperluan visa bagi pegawai kerajaan dan pelancong perniagaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam mesyuarat delegasi Malaysia-Myanmar awal hari ini, kami bersetuju pada dasarnya untuk memansuhkan keperluan visa bagi pegawai kerajaan dan pelancong perniagaan," kata beliau menerusi catatan terbarunya dalam laman Twitter, Jumaat malam.

Najib dan Presiden Myanmar, U Thein Sein mengadakan rundingan hari ini bagi membincangkan perkembangan dalam kerjasama dua hala.

Thein Sein diiringi oleh isterinya, Daw Khin Khin Win tiba di sini semalam untuk lawatan negara selama dua hari ke Malaysia.

Visa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain