suria

Cemerlang Kemudi Ekonomi, Zeti Terima Penghargaan Wharton Dean's Medal

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
KUALA LUMPUR: The Wharton School of the University of Pennsylvania menganugerahkan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz penghargaan Wharton Dean's Medal atas pencapaian dan kejayaan beliau mengemudi ekonomi Malaysia.

Dekan Wharton School, Geoffrey Garrett dalam satu kenyataan berkata Dean's Medal itu merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni Penn, yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global.

"Zeti adalah pemimpin dengan pencapaian yang menakjubkan dan berjaya mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi lebih daripada satu krisis kewangan.

"Beliau berdedikasi kepada tadbir urus yang baik dan menjadi perintis dengan hasil usaha yang diiktiraf dunia dalam penyepaduan kewangan serantau dan pengantarabangsaan kewangan Islam," katanya.

Beliau berkata Zeti merupakan penggubal dasar, ketua bank pusat serta tokoh yang sangat luar biasa.

"Kami berbangga menerima beliau sebagai rakan Wharton School dan ia merupakan satu penghargaan untuk menyampaikan Dean's Medal kepada beliau," katanya.

Dean's Medal dimulakan pada 1983 untuk mengiktiraf pemimpin perusahaan swasta, perkhidmatan awam dan ahli akademik yang meraih kejayaan cemerlang.

Artikel Lain