suria

Giliran Selangor Mohon Lanjutan Perjanjian Air

KUALA LUMPUR: Entiti kerajaan negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah meminta Puncak Niaga Holdings Bhd memberikan lanjutan masa ketiga bagi memenuhi syarat dalam perjanjian yang ditandatangani pada November.

Puncak Niaga memberitahu Bursa Malaysia bahawa pihaknya menerima permintaan bertulis daripada Air Selangor pada Jumaat meminta lanjutan dari 9 Mac hingga 9 April.

Puncak Niaga, yang telah memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan bagi pihaknya berkata perkara itu akan dibincangkan dan akan membuat pengumuman mengenai keputusan lembaga.

Puncak Niaga menandatangani perjanjian untuk menjual unitnya, Puncak Niaga Sdn Bhd dan 70 peratus Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) miliknya kepada Air Selangor pada RM1.55 bilion, 11 November tahun lepas.

Awal minggu ini, kerajaan Selangor berkata tidak akan membenarkan lanjutan perjanjian penstrukturan semula air dengan Kerajaan Persekutuan.

Selangor mendakwa Putrajaya gagal mematuhi pra-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum luputnya perjanjian pada Isnin.
Syabas, Air Selangor, Puncak Niaga

Artikel Lain