suria

Penerbangan Ke Nepal Masih Dibatal Susulan Insiden Pesawat Turki

Insiden pesawat Turkish Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal pada Rabu lalu.
PETALING JAYA: Pembatalan penerbangan ke Nepal memasuki hari kedua pada Jumaat susulan insiden pesawat Turkish Airlines yang tergelincir di landasan ketika mendarat Rabu lalu sehingga menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu terpaksa ditutup sementara.

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Malindo Air, Soo Yi memberitahu The Star Online bahawa Notice to Airmen (Notam) berkata lapangan terbang akan ditutup sehingga Sabtu pada pukul 10 pagi waktu tempatan.

"Oleh itu, penerbangan hari ini dibatalkan dan akan ditundakan ke esok (Sabtu)," katanya.

Malindo Air mengadakan penerbangan ke Nepal setiap hari.

Soo Yi berkata, Malindo Air akan menyediakan penerbangan tambahan ke Kathmandu bagi menangani masalah penumpang terkandas sebaik sahaja lapangan terbang dibuka semula.

Pemangku pengurus besar Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Birendra Prasad Shrestha berkata, tayar pesawat Turkish Airlines telah ditukar dan pesawat itu telah dialihkan ke lokasi yang selamat.

"Pejabat Penerbangan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan menyesali di atas kesulitan yang berlaku.

"Para penumpang dan pengendali syarikat penerbangan diminta untuk melayari laman web kami di www.tiairport.com.np untuk sebarang maklumat lanjut," kata Birendra dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Malindo Air, Turkish Airlines

Artikel Lain