1MDB Selesaikan Pinjaman RM2 Bilion Secara Penuh - Semasa | mStar

1MDB Selesaikan Pinjaman RM2 Bilion Secara Penuh

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Jumaat mengesahkan ia menyelesaikan, secara penuh, pinjaman RM2 bilion oleh anak syarikat operasinya kepada bank Malaysia.

Pinjaman itu diselesaikan lebih awal daripada tarikh akhir, mengikut setiap syarat perjanjian kemudahan pinjaman, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

"Dengan penyelesaian pinjaman ini, saya mengesahkan semula komitmen 1MDB untuk terus memenuhi semua tanggungan hutang kami yang perlu dibayar," katanya.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini, dilaporkan hartawan, Ananda Krishnan kini dalam proses perbincangan untuk mengambil alih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan dalam perniagaan tenaga 1MDB membabitkan nilai AS$3 bilion tawaran awam permulaan (IPO) bagi menyenaraikan aset tenaga syarikat berkenaan.

Pelaburan Ananda dijangka dapat memperbaiki kedudukan kewangan 1MDB, dalam membiayai dan meningkatkan keyakinan pelbagai pihak.

Tentunya 1MDB memerlukan peruntukan daripada IPO ini untuk mengurangkan beban hutang yang mencecah hampir AS$12 bilion dan mengembangkan perniagaan.

Situasi yang dialami memerlukan  rombakan 1MDB yang gagal membayar RM2 bilion (AS$652 bilion) pinjaman jangka pendek yang tamat akhir Disember.

Pelaburan Krishnan ini dapat digunakan syarikat untuk membayar pinjaman yang diluluskan bank terbesar negara ini, Malayan Banking Bank dan RHB Capital Bhd dan dijamin oleh syarikat yang turut dilabur Krishnan, Usaha Tegas, kata beberapa pihak lain.

Jaminan pinjaman itu menjadi sebahagian transaksi antara Krishnan dengan 1MDB pada 2012, apabila hartawan berusia 76 tahun itu menjual syarikat tenaganya, Tanjung Energy kepada 1MDB pada harga AS$2.8 bilion.


1MDB , Arul Kanda

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain