suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Proses Tayar Jadi Minyak Meletup

SITIAWAN: Dandang di sebuah kilang memproses tayar bagi menghasilkan minyak meletup pada Ahad pagi.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat khususnya mengenai tahap kesihatan mereka.

Dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di Jalan Pelabuhan 12, Taman Perindustrian Lumut bagi memadamkan kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

Aktiviti mendidihkan tayar bagi mengekstrak minyak perindustrian gred rendah menjadi kebimbangan besar penduduk tempatan kerana prosesnya mengeluarkan toksik yang boleh menyebabkan kanser.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Manjung, Kong Len Wei berkata beliau sudah melaporkan mengenai aktiviti berkenaan kepada pihak majlis pada akhir tahun lepas.

"Orang-orang di sekitar kawasan itu bimbang kerana letupan tersebut mengeluarkan toksik," katanya kepada The Star.

Beliau mempersoalkan mengapa pihak berkuasa yang berkenaan telah tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas isu ini walaupun laporan mengenainya dibuat berulang kali.

Artikel Berikut

97 GRO Warga Asing Ditahan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia