suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Terbakar Ditemui Di Lumut

Gambar hiasan.

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dan terbakar di satu kawasan berhampiran hutan 200 meter dari jalan utama ke Swiss Garden Resort dekat Lumut  pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mayat itu ditemui orang awam yang ketika itu dalam perjalanan ke kawasan hutan untuk menjerat ayam hutan pada 4.30 petang.

"Mayat yang telah 70 peratus terbakar dan berulat itu dianggarkan mati, empat atau lima hari lalu," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Katanya identiti mangsa masih belum diperoleh dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

mayat lelaki terbakar

Artikel Berikut

Artikel Lain