Mangsa Banjir Di Perak Meningkat, Kelantan Kekal - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat, Kelantan Kekal

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Perak pada 8 pagi Sabtu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding Jumaat malam, sementara di Kelantan masih kekal seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 867 orang berbanding 817 orang Jumaat malam manakala di Kelantan pula 520 orang.

Keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 1,387 orang berbanding malam tadi iaitu 1,337 orang.

Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa di Perak Tengah adalah 689 orang, Hilir Perak (144) dan Hulu Perak (34).

Sebanyak lapan pusat pemindahan menempatkan 238 keluarga dibuka di tigadaerah berkenaan.

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata sehingga pukul 8 pagi, 490 mangsa melibatkan 109 keluarga masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan di Kuala Krai.

Di Machang, 30 orang melibatkan lapan keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Temangan. Walaupun banjir di jajahan berkenaan surut, namun mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan memandangkan mereka kehilangan rumah akibat banjir bulan lepas.

Kerajaan sedang membina kediaman sementara untuk mereka diami dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, keadaan cuaca di Kelantan pada pagi ini dilaporkan cerah.

banjir perak , kelantan

Artikel Sebelum

Mayat Lelaki Terbakar Ditemui Di Lumut

Artikel Berikut

Hidup Dan Mati Dalam Tempoh Empat Minit

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain