suria

Kerajaan Cari Kaedah Terbaik Perbaiki Mutu Khidmat Pengangkutan Awam - Najib

Najib sempat beramah mesra dengan penumpang pengangkutan awam ketika membuat walkabout mengejut untuk meninjau sistem pengangkutan awam di ibu negara, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan pengalamannya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Jumaat, beliau berkata, masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

"Selepas menunaikan Solat Jumaat tadi, saya menaiki LRT dari (stesen) PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.

"Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita," katanya dalam entri terbaru beliau dalam laman Facebooknya.

Dalam entri berkenaan, Najib turut berkongsi beberapa gambar beliau beramah mesra dengan pengguna dan petugas LRT.

LRT, pengangkutan awam, stesen

Artikel Lain