suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba Selamatkan Kerbau Jatuh Longkang

KOTA KINABALU: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kerbau yang terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter di kawasan perindustrian Kolombong, kira-kira 8 kilometer dari bandar.

Jurucakap  Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy Ramin berkata sepasukan tujuh anggota bomba telah dihantar untuk menyelamatkan haiwan itu selepas dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi, Khamis.

Menggunakan bongkah kayu, anggota bomba membentuk tanjakan sementara dan berjaya membuatkan haiwan itu naik ke atas semula dalam operasi selama 30 minit.

Apabila berjaya dilepaskan, kerbau yang dilihat selamat dan tidak cedera akibat episodnya di dalam longkang, terus berjalan menuju ke arah kampung berhampiran.
kerbau, jatuh longkang, Affendy Ramin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain