suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Arahan Larang Pelajar Bukan Islam Pakai Baju Kurung - TPM

Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkaitan etika berpakaian yang melarang pelajar bukan Islam memakai baju kurung ke sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, peraturan tersebut mungkin dikeluarkan oleh sekolah itu sendiri dan ianya tidak betul.

"Kami akan berbincang dengan pihak sekolah dan memperbetulkan peraturan ini supaya ia selari dengan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, sekolah tersebut tidak sepatutnya menetapkan peraturan sesuka hati mereka.

Terdahulu laporan mengenai seorang pelajar bukan Islam yang memakai baju kurung dilarang daripada memasuki kelasnya menjadi perhatian.

Sekolah tersebut mendakwa ia bertentangan dengan kod berpakaian mereka.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain