suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naib Ketua Umno Batu Kawan Buat Laporan Kedua Terhadap 1MDB

Khairuddin Abu Hassan.
PUTRAJAYA: Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)) dan subsidiarinya. 

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau turut mendesak agar badan berkenaan segera membuat menjalankan siasatan terhadap ketelusan pentadbiran syarikat berkenaan dan pengagihan dana yang mereka perolehi. 

"Saya membuat laporan hari ini atas kapasiti saya sebagai pembayar cukai, ia adalah hak saya. 

"Saya percaya dengan membuat laporan kepada SPRM dan pihak polis, mereka akan menjalankan siasatan bersama dalam menyiasat isu ini, " katanya pada Khamis. 

Khairuddin menambah sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan tampil memberikan penjelasan mengenai kedudukan kewangan 1MDB kepada rakyat.  

Pada 12 Disember tahun lalu, Khairuddin turut membuat laporan polis terhadap 1MDB dan syarikat subsidiarinya atas dakwaan urusniaga kewangan syarikat yang meragukan. 

Beliau turut mendakwa sehingga Mac tahun lalu, syarikat berkenaan mempunyai hutang berjumlah sehingga RM41.9 bilion, dan meletakkan syarikat berhadapan dengan risiko diisytihar bankrap dan sekaligus akan membebankan kerajaan Persekutuan yang merupakan penjamin kepada pinjaman berkenaan. 


 
1MDB, Khairuddin Abu Hassan

Artikel Sebelum

Nurul Izzah Akhirnya Bercerai

Artikel Lain