Anggota Polis Diculik Kumpulan Abu Sayyaf Menderita Sakit Malaria - Semasa | mStar

Anggota Polis Diculik Kumpulan Abu Sayyaf Menderita Sakit Malaria

Zakiah Aleip.
KOTA KINABALU: Anggota polis marin yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf, Konstabel Zakiah Aleip yang kini berada jauh di kawasan hutan di kepulauan Jolo di Selatan Filipina, sedang berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius. 

Kumpulan aktivis yang menentang penculikan, Prof Octavio Dinampo berkata beliau telah diberitahu Zakiah, 26, sedang terlantar sakit dan tidak boleh bangun daripada katil sejak lima hari lalu. 

"Dia menghidapi malaria. Saya juga diberitahu dia mengalami cirit-birit," katanya pada Rabu. 

Dinampo berkata Kumpulan Abu Sayyaf gagal membawa doktor untuk merawat Zakiah. 

"Tiada doktor yang berani pergi ke tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf," kata Dinampo, pensyarah do Universiti Mindanao, yang tinggal di Indanan tidak jauh daripada kawasan pergunungan yang merupakan lokasi persembunyian kumpulan Abu Sayyaf. 

Beliau berkata kumpulan militan berkenaan telah membawa Zakiah keluar daripada lokasi persembunyian asal mereka sebanyak dua kali beberapa minggu lalu bagi mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa Filipina. 

Pihak berkuasa Malaysia berkata mereka tidak dapat memastikan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya. 

Ketika dihubungi, isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson enggan mengulas mengenai keadaan suaminya, sebaliknya beliau hanya akan menerima sebarang maklumat daripada pihak polis. 

Usaha menyelamatkan Zakiah tidak berjaya, kerana kumpulan militan Abu Sayyaf sering menukarkan fikiran dan mendesak untuk menuntut wang tebusan yang lebih banyak untuk membebaskan anggota polis berkenaan. 

Zakiah diculik ketika kumpulan militan Abu Sayyaf menyerang unit Polis Marin di Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna, pada 12 Julai tahun lalu. 

Ketika serangan berlaku, rakan sekerja Zakiah terbunuh dan insiden berkenaan menyebabkan beberapa serangan berlaku di perairan Sabah.
Zakiah Aleip , Abu Sayyaf , malaria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Demam Di Madinah, Sihat Di Makkah

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain