suria

Dua Remaja Maut Dalam Kemalangan

BAHAU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Rompin-Bahau, dekat sini, pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Katanya mangsa, Muhammad Adzeem Mohd Daud, 13, dari Taman Desa Puteri dan Mohamad Farhan Abdullah, 19, dari Taman Bahau di sini yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal jenama Yamaha 125Z yang dinaiki kedua-dua mangsa menghala ke Bahau hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga FLX," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala pemandu kereta terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.


Remaja Maut, Bahau

Artikel Berikut

Artikel Lain