Lapangan Terbang Di Pantai Timur Beroperasi Seperti Biasa - MAHB - Semasa | mStar

Lapangan Terbang Di Pantai Timur Beroperasi Seperti Biasa - MAHB

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa masih beroperasi seperti walaupun keadaan di negeri Kelantan dilanda banjir.

KUALA LUMPUR: Semua lapangan terbang yang diurus Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Pantai Timur masih beroperasi seperti biasa walaupun negeri-negeri di wilayah itu dilanda banjir.

Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Terengganu.

Dalam satu kenyataan, operator lapangan terbang itu berkata setakat ini belum ada penerbangan yang dibatalkan di ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan.

"MAHB sedang memantau keadaan dan akan membuat pengumuman jika keadaan berubah," katanya.

Lapangan Terbang , MAHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain