Banjir Di Kajang: MCA Bidas Wan Azizah Tidak Bertanggungjawab - Semasa | mStar

Banjir Di Kajang: MCA Bidas Wan Azizah Tidak Bertanggungjawab

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PETALING JAYA: MCA membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) kerana menyalahkan Barisan Nasional (BN) mengenai insiden banjir kilat yang berulang lagi di kawasan beliau dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik ketinggalan zaman.

Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk mengaburi mata rakyat mengenai perkara sebenar kerana Pakatan Rakyat menerajui negeri itu selama dua penggal.

"Untuk menyalahkan setiap kelemahan dalam kerajaan BN yang terdahulu adalah taktik lapuk kerana Pakatan menerajui negeri itu selama hampir tujuh tahun," katanya.

Ng turut mempertikaikan kredibiliti Dr Wan Azizah sebagai wakil rakyat dengan mendakwa beliau menggunakan kawasan itu sebagai platform untuk melonjakkan beliau ke jawatan Menteri Besar semasa kemelut politik Selangor baru-baru ini.

"Apabila rancangan beliau gagal, beliau mengabaikan pengundinya," dakwa Ng.

Beliau turut mendakwa kerajaan Selangor yang dinaungi Pakatan Rakyat tidak menyediakan peruntukan untuk sistem pengairan di Kajang dengan mengatakan tiada permohonan daripada Dr Wan Azizah kerana beliau tidak hadir semasa sesi pembentangan Bajet di negeri itu November lalu.

"Kami amat meragui kesesuaian Wan Azizah untuk menjadi wakil rakyat apabila beliau dipilih untuk menemani suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti di luar negara ketika Dewan Undangan Negeri membentangkan bajet negeri itu," katanya.

Artikel Sebelum

26 Terkandas Di Gunung Gagau Selamat

Artikel Berikut

Sindiket Dadah 'Masuk' Sekolah - Lam Thye

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain