suria

MIC Cipta Sejarah, Pemilihan Semula Semua Jawatan Naib Presiden, CWC

Dr S. Subramaniam.
KUALA LUMPUR: Buat peratama kali dalam sejarah penubuhannya, MIC terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi ketiga-tiga jawatan Naib Presiden dan 23 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC). 

Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam satu surat yang dikeluarkan pada Jumaat, memaklumkan wujud ketidakpuasan hati dikalangan mereka yang kalah pada pemilihan parti yang diadakan di Melaka pada November dan ROS telah mengesyorkan pemilihan semula diadakan bagi jawatan yang terlibat. 

"Dengan berat hati, saya terpaksa mengumumkan bahawa ROS telah menerima aduan daripada calon yang bertanding dalam pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan. 

“Perkara ini amat menyedihkan dan merupakan hari yang malang bagi semua ahli kerana parti terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sejak parti ditubuhkan pada 1946," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di sini, pada Sabtu. 

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan berkata Setiausaha Agung parti, A.Prakash Rao menerima surat daripada ROS pada lewat petang Jumaat. 

"Oleh kerana Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel sedang menghadiri persidangan di luar negara, isi kandungan surat tersebut telah dimaklumkan kepada beliau oleh Prakash. 

"Presiden telah menasihatkan Setiausaha Agung agar melaksanakan perkara yang diarahkan oleh ROS dalam surat berkenaan," katanya. 

Dr Subrmaniam berkata daripada siasatan yang dijalankan, ROS mengesahkan wujudnya kelemahan dan ada perkara yang tidak kena dalam perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan. 

Naib Presiden pada ketika ini ialah, Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan, Prakash dan bendahari agung, Datuk S. Murugessan, Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy, Ketua Pemuda, C. Sivarraajh, Ketua Putera, Ravin Kumar dan ahli veteran MIC, Tan Sri K. S. Nijhar.

Artikel Lain