suria

Wanita Terkejut Jumpa Bayi Depan Pintu Rumah

SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan ditemui di hadapan sebuah unit rumah flat di Bukit Tinggi, Klang pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Goh Lee Fook berkata seorang wanita terkejut apabila mendapati bayi berkenaan di hadapan pintunya dan segera menghubungi polis.

Bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kira-kira 24 jam sebelum ditemui yang dibalut dengan selimut serta tali pusatnya siap dipotong.

Beliau berkata polis sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut.


Bukit Tinggi, Bayi

Artikel Lain