MB Arah Siasat Isu Ikan Tilapia Diberi Makan Bangkai Babi - Semasa | mStar

MB Arah Siasat Isu Ikan Tilapia Diberi Makan Bangkai Babi

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta jabatan yang berkenaan termasuk Jabatan Perikanan dan Jabatan Agama Islam negeri menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan ikan tilapia diberi makan bangkai babi.

Beliau berkata dakwaan perbuatan itu dilakukan di sebuah kolam di Bukit Tinggi, Redang Panjang dekat Kubu Gajah perlu ditangani sewajarnya kerana ia membabitkan sensitiviti agama dan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Perak.

"Ada tindakan-tindakan pihak tertentu (buang bangkai babi) dan ianya akan menimbulkan persepsi yang tidak baik. Jadi saya minta siasatan dijalankan mengenai laporan itu dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Sebuah akhbar pada Rabu melaporkan, gambar bangkai dipercayai babi yang diletakkan di tengah-tengah kolam ternakan itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh seorang individu.

Sebaik mendapat tahu mengenainya, Jabatan Perikanan Perak dan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Perak, pentadbir daerah Selama dan polis segera menyerbu lokasi itu semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Dr Bah Piyan Tan ketika dihubungi berkata pihaknya telah pun mengambil sampel beberapa jenis ikan di kolam berkenaan untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia dan keputusannya dijangka siap dua minggu lagi.

"Bagi pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak kita telah menjalankan siasatan dan pergi ke kolam tersebut bersama ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) serta Jabatan Agama Islam. Kita telah ambil tindakan itu," katanya.

Beliau berkata ia bukan hanya tanggungjawab Jabatan Perikanan malah agensi yang berkenaan juga perlu mengambil tindakan sewajarnya.

"Sekarang penternak dah ambil mudah dia tengok kolam dia bagi ikan makan benda itu. Agensi yang berkenaan sepatutnya mengawal ke mana bangkai itu pergi.

Sampai bila Jabatan Perikanan mahu tangani perkara ini jika tiada kawalan sedemikian," katanya.

Tilapia , Babi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nama Persiaran Gurney Kekal - Guan Eng

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain