Hanya Mampu Berdoa, Berharap - Isteri Zakiah - Semasa | mStar

Hanya Mampu Berdoa, Berharap - Isteri Zakiah

Sharifah Erna Berson.
KOTA KINABALU: Suri rumah, Sharifah Erna Berson, 23, terpaksa melalui hari-hari yang menyuramkan sepanjang tempoh empat bulan ini.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan bulan itu berharap agar suaminya, anggota Pasukan Polis Marin (PPM), Konstabel Zakiah Aleip yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna akan pulang ke rumah dengan segera.

"Saya berdoa, saya berharap, saya menangis. Saya hanya mahukan Zakiah kembali kepada kami dengan selamat," kata Sharifah yang kini tinggal bersama keluarga Zakiah di Tuaran selepas insiden penculikan suaminya pada 12 Julai lalu.

Zakiah diculik dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang turut menyebabkan Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut.

"Tiada banyak berita daripada suami saya sejak kebelakangan ini. Mereka (penculik) selalunya akan menghubungi polis," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sharifah berkata, dia yakin suaminya masih 'selamat' dan diawasi oleh kumpulan senjata.

"Saya tidak tahu bila dia akan dibebaskan. Saya hanya berharap ia segera dilakukan.

"Kami mendoakan agar dia pulang dengan selamat setiap hari. Anak kami membesar dengan cepat... dia sudah mula belajar berjalan. Saya harap agar bapanya berada di sini melihat dia membesar," kata Sharifah.

Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang menawan Zakiah di Kepulauan Jolo, selatan Filipina dilaporkan menuntut wang tebusan RM3 juta dan mengugut untuk membunuhnya sekiranya wang tebusan itu tidak dibayar pada 30 November ini.

Polis Malaysia berkata, mereka tidak mahu berkompromi dengan 'dasar tiada wang tebusan' tetapi terus mengadakan rundingan atas dasar kemanusian untuk membebaskan Zakiah dan pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin, 32, yang diculik lelaki bersenjata warga Filipina pada 16 Jun lalu.

Zakiah Aliep , culik , Pulau Mabul , Semporna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain