Cuepacs Tetap Mahu Bonus Awal, Mohon Pertimbangan PM - Semasa | mStar

Cuepacs Tetap Mahu Bonus Awal, Mohon Pertimbangan PM

Kakitangan kerajaan mengharapkan bonus dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak.
PETALING JAYA: Pengumuman untuk membayar bonus penjawat awam bersama gaji Januari 2015, bukan pertengahan Disember seperti diminta mendorong Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk terus lantang bersuara mempertahankan hak kakitangan kerajaan.

 

Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, keputusan itu memang wajar dipertikaikan kerana sebelum ini bonus pernah dibayar lebih awal dan tidak mustahil pertimbangan sama dilakukan tahun ini.

"Pada tahun-tahun yang lalu kenapa boleh? Kenapa sekarang tak boleh?

"Tahun dulu kerajaan bayar tiga kali, sebelum hari raya, Disember dan satu lagi pada Januari. Sepatutnya boleh diberi pertimbangan," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Azih mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Rabu, yang menolak permintaan Cuepacs agar bonus penjawat awam dibayar lebih awal iaitu pada 15 Disember 2014.

Ali sebaliknya berkata bonus yang dibentangkan dalam Bajet 2015 itu akan dibayar bersama gaji Januari 2015 dan ia mengikut peraturan kewangan.

Mengulas lanjut, Azih berkata Cuepacs faham tentang peraturan kewangan seperti yang dinyatakan Ali tetapi beliau akan tetap berusaha untuk memastikan bonus itu dapat meringankan beban penjawat awam untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau akan cuba membuat permintaan khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan perkara itu.

"Kita minta jasa baik, pertimbangan khas Perdana Menteri supaya dapat sekiranya bonus diberi sebelum akhir Disember tahun ini untuk membolehkan penjawat awam membeli persiapan persekolahan anak-anak.

"Januari dah buka sekolah, kita nak seperti tahun-tahun lalu ia dibayar lebih awal iaitu 15 Disember," katanya.

Najib, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Bajet 2015: Cuepacs Tak Puas Hati

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain