suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Akui Tak Kenali Calon PAS Secara Peribadi

Nik Aziz Nik Mat
TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, namun percaya PAS memilih yang  terbaik.


Beliau berkata, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.

"Saya tak kenal calon secara peribadi tapi bila jawatankusa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik," katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Menurut Nik Aziz yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.

Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.

"Pilihan raya biar benar-benar pilihan...tak ada paksaan raya.

"Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat," katanya.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain