suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soalan Bocor UPSR: Tiga Laporan Polis Diterima

PETALING JAYA: Tiga laporan polis dibuat berhubung insiden kebocoran soalan kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, laporan itu masing-masing di Putrajaya dan Johor.

"Kami sedang menyiasat semua laporan yang dibuat dan percaya pihak bertanggungawab akan ditahan.

"Setakat ini, keterangan tiga individu sudah diambil berkaitan kes soalan bocor itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ditanya mengenai empat lokasi panas dan suspek yang terbabit dalam kes itu, Kong Meng berkata, polis masih menyiasat kedua-dua aspek berkenaan.

"Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.

Mengikut seksyen berkenaan, pihak yang didapati bersalah membocorkan maklumat dokumen boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya akan membantu siasatan kes berkenaan jika ada unsur rasuah, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memberi kerjasama.

Semua laporan polis itu dibuat pegawai kanan Lembaga Peperiksaan Malaysia.


 

UPSR, soalan bocor, laporan polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain