suria

Khalid, Kerajaan Pusat Tandatangani Perjanjian Air

Khalid Ibrahim.
PUTRAJAYA: Perjanjian utama mengenai penstrukturan industri bekalan air antara kerajaan Selangor dan Persekutuan telah ditandatangani.
 


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak kerajaan negeri, sementara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan Pusat. 

Majlis menandatangani perjanjian tersebut diadakan di pejabat KeTTHA, dan pihak media tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut. 

Wakil pihak kementerian berkata, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan kemudian. 
,
Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pusat dan Selangor telah menandatangani perjanjian air berhubung penstrukturan semula industri bekalan air bagi menyelesaikan krisis bekalan air yang melanda Selangor. 

Ia merupakan sebahagian daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua pihak pada 26 Februari lalu untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Sementara itu, Khalid dalam kenyataan media berkata, dengan perjanjian utama antara kerajaan Persekutuan, Air Selangor Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan tercapai hasrat kerajaan negeri untuk menguruskan industri air mengikut peruntukan Akta Industri dan Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Khalid, Maximus, Perjanjian Air, Langat 2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain