suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soalan Bocor: SPRM Ambil Tindakan Jika Ada Unsur Rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dengan kes soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bocor, sekiranya didapati wujud unsur rasuah.

Dalam kenyataan pada Khamis, SPRM menarik perhatian bahawa perkara itu kini menjadi kes polis.

"Sekiranya terdapat maklumat kemungkinan wujud unsur rasuah, pihak polis boleh memanjangkan kepada SPRM untuk tindakan," menurut kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 UPSR selepas mendapati ia bocor.

Ini susulan pengumuman badan itu semalam berhubung penangguhan kertas peperiksaan Science 018, 028 dan 038 setelah kandungan soalannya didapati bocor.

Kertas-Kertas peperiksaan itu perlu diduduki semula pada tarikh baharu iaitu 30 September.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain