suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cari Madu Kelulut Maut Dihempap Dahan Pokok

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas dihempap dahan pokok ketika mencari madu kelulut bersama rakannya di Kampung Pokok Asam, Padang Pusing, Pendang malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Mohd Fakhrul Rozi Zainuddin, 27, yang tinggal di Kampung Paya Sulaiman, Pendang maut selepas dahan pokok yang dipotongnya menghempap dadanya menyebabkan beliau tersepit di atas pokok.

Bapanya Zainuddin Ahmad, 52, berkata anak kedua dari tujuh beradik itu menggunakan gergaji enjin untuk memotong dahan pokok yang mempunyai madu kelulut sebelum dahan itu jatuh menghempap dadanya.

"Lepas potong, dahan itu terus menghempap dadanya...dia terkulai atas pokok. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang bantu turunkan anak saya untuk dibawa ke hospital," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Rabu.

Selepas bedah siasat, mayat mangsa dituntut anggota keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kelisa, Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu.


Madu Kelulut

Artikel Lain