suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Anjur Demonstrasi Tuntut Kerajaan Mansuh Akta Hasutan

Rafizi Ramli.
PETALING JAYA:Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan supaya memansuhkan Akta Hasutan dengan serta-merta.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, demonstrasi terbaharu yang akan dianjurkan dengan kerjasama badan pelajar dan beberapa kumpulan lain, merupakan sebahagian daripada langkah untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut.

Selain demonstrasi, PKR, juga akan mengambil bahagian dalam jelajah di seluruh negara bermula bulan ini untuk memperoleh sokongan daripada orang ramai terhadap kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH).

"Kami akan menggunakan segala kuasa di Parlimen, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk menyokong dan menggerakkan kempen ini," kata Rafizi.

Rafizi berkata Ahli Parlimen PKR akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang bagi menuntut supaya Akta Hasutan dimansuhkan dengan serta-merta.

Selain menuntut akta tersebut dimansuhkan, Rafizi menggesa pihak berkuasa untuk menggugurkan semua pertuduhan dibawah akta berkenaan dan menghentikan sebarang usaha untuk memperkenalkan larangan sama dalam mana-mana akta baharu.

Beliau berkata, PKR akan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk memulakan kempen MAH yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Guan Eng Mahu Zahid Mohon Maaf

Artikel Lain