suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong Warga Perancis Dilapor Hilang Di Pulau Tioman

ROMPIN: Seorang pelancong warga Perancis dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti air berhampiran Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman, dekat sini, petang Selasa.

Mangsa, Jerome Philippe Laurent, 24, dipercayai hilang kira-kira pukul 6.30 petang.

Apabila beliau tidak pulang ke chalet, rakannya melaporkan kehilangannya di Balai Polis Tioman untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata usaha mencari mangsa sedang giat dilaksanakan sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang kampung.
hilang, warga Perancis, Pulau Tioman

Artikel Berikut

Artikel Lain