suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Kudung Rayu Sumbangan Kaki Palsu

BALING: Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kakinya merayu sumbangan kaki palsu bagi memudahkannya menguruskan diri serta melakukan kerja harian.

Irwan Mustakhim, 40, dari Kampung Bawah Gunung di sini kini mengunakan kerusi roda selepas kedua-dua belah kakinya dipotong akibat kencing manis.

Kaki kanannya dipotong pada 2004, manakala kaki kirinya dipotong pada 2013.

Irwan berkata dia sudah memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan kaki palsu sejak 2004, namun hingga kini masih menemui jalan buntu.

"Saya tinggal di rumah sewa bersama ibu (Wan Samsiah Abdullah, 56) yang bekerja sebagai pemeriksa tiket bas dan dibayar gaji harian untuk menanggung perbelanjaan kami," katanya.

Selain pendapatan ibunya, Irwan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Dia dan keluarga amat berharap agar ada pihak yang bersimpati membantunya untuk mendapatkan kaki palsu.

Irwan boleh dihubungi melalui talian 013-4040026 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam bernombor 02048020574743.


Baling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain