suria

Guan Eng Mahu Zahid Mohon Maaf

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kurang senang dengan kenyataan Zahid itu dan sebagai seorang menteri, beliau (Zahid) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Katanya Ahmad Zahid cuba menganiaya dan menjadikan DAP sebagai mangsa.

"Saya nak cabar beliau, mana pemimpin DAP yang buat kenyataan hina orang Melayu. Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri, ini tidak masuk akal sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini, Selasa.


DAP, KDN

Artikel Lain