MH17: Australia Adakan Upacara Khas Peringati Mangsa - Semasa | mStar

MH17: Australia Adakan Upacara Khas Peringati Mangsa

MELBOURNE: Satu upacara keagamaan peringkat kebangsaan akan diadakan di Melbourne pada 7 Ogos bagi memperingati mangsa bencana MH17, demikian diumumkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

Upacara melibatkan pengikut pelbagai agama ini akan berlangsung di Gereja Besar St Patrick.

"Saya harap ramai yang akan menghadirinya untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa," lapor Australian Associated Press (AAP) yang memetik Abbott sebagai memberitahu Fairfax Radio pada Khamis.

Hampir 300 orang, termasuk 37 warga dan penduduk tetap Australia, maut apabila sebuah pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Upacara itu diadakan di Melbourne memandangkan 16 mangsa, termasuk tiga rakyat Malaysia, berasal dari Victoria, kata Abbott.

Pada hari upacara itu diadakan, bendera di semua pejabat kerajaan Australia di negara ini dan di luar negara, akan dikibar separuh tiang.


MH17 , MAS , Australia

Artikel Sebelum

Tembak Guna Senapang Angin, 3 Ditahan

Artikel Berikut

Umno Nilai Cadangan Dr Mohd Zuhdi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain