suria

Curi Kelengkapan Bengkel Ayah, Lelaki Dipenjara Sehari

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri peralatan bengkel milik ayahnya, seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara sehari dan dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah.

Majistret Nurul' Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Baharudin Baharom Shah, 41, kerana mencuri peralatan bengkel bernilai RM600 milik Baharom Shah Indra, 68, di bengkel kenderaan ayahnya di Persiaran Mewah Bandar Tun Razak, Cheras, pada 10 malam hingga 11.30 malam, 4 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain