Manikavasagam Desak Khalid Letak Jawatan MB - Semasa | mStar

Manikavasagam Desak Khalid Letak Jawatan MB

Manikavasagam tewaskan Khalid di peringkat Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini.
KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu, S.Manikavasagam mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini.


Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.

"Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia 'bos' saya.

"Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.

"Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat," katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Kapar,  berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.

"Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri," katanya.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan  Shamsul Iskandar Mat Akin juga mendesak supaya Khalid meletak jawatan. 


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain