suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Beri Bayangan Rombakan Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berbincang dengan Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pegangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika tiba untuk merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di Sepang, Selasa. -fotoBERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di sini, pada Selasa mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.

Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.
rombakan kabinet, KLIA2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain