suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan Ayam Sambal, 54 Murid Keracunan

Gambar hiasan

PENDANG: Sebanyak 54 murid Sekolah Kebangsaan Pendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan apabila mengalami pening, muntah dan sakit perut selepas dipercayai memakan nasi berlaukkan ayam sambal di kantin sekolah mereka.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Ismail Abu Taat berkata 10 daripada mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka telah dimasukkan ke wad.

"Kesemua pelajar dari darjah satu, dua, empat dan lima yang makan nasi putih dan ayam sambal tersebut di kantin sekolah pada waktu rehat antara pukul 10.15 hingga 10.45 pagi tadi.

"Kita terima pesakit pada pukul 11.30 pagi dan 10 pelajar yang telah dikejarkan ke HSB kini ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Dr Ismail berkata pihaknya sedang mengesan sampel makanan yang dipercayai tercemar itu bagi mengenal pasti jenis bakteria yang ada dalam makanan tersebut.

Beliau berkata kantin sekolah itu telah diarah untuk ditutup selama dua minggu bagi membolehkan pengusahnya melakukan kerja-kerja pembersihan.


Pendang

Artikel Lain