suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPN Arah Jejaki Bekas Suami Indira Gandhi

Indira Gandhi menunjukkan gambar terakhir anak bongsunya, Prasana Diksa.
IPOH: Polis Perak diarahkan oleh Ketua Polis Negara untuk mengenal pasti lokasi mualaf Mohd Ridzuan Abdullah yang gagal menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri, M.Indira Gandhi.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pada Selasa bahawa pihak berkuasa diarahkan untuk mejejaki Mohd Ridzuan dan polis kini sedang mencari sebarang petunjuk.

"Menurut maklumat polis, lelaki tersebut dipercayai berada di Kelantan dan masih hidup," katanya.

Pada 2009, Mohd Ridzuan Abdullah yang sebelum ini dikenali sebagai K.Patmanathan, membawa bersama anak bongsunya, Prasana Diksa yang berusia 11 bulan (pada waktu itu) dan menukarkan agama dua lagi anaknya, Tevi Darsiny, 12, dan Karan Dinish, 11 kepada Islam tanpa pengetahuan Indira Gandhi.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memberikan Indira Gandhi hak penjagaan penuh terhadap ketiga-tiga anaknya itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah, turut memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka kepada Mohd Ridzuan.

Pada 30 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Ridzuan kerana menghina mahkamah selepas berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain