suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Rampas 500 Kotak Pelbagai Mercun

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad menunjukkan hasil rampasan mercun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis merampas sebanyak 500 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah ladang kelapa sawit di Batu Arang, Selangor, dianggar bernilai kira-kira RM700,000, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mercun itu dijumpai dalam tiga buah stor dan di dalam sebuah kontena dalam kawasan ladang itu pada pukul 4 petang.

Ketika serbuan terdapat tiga suspek lelaki disyaki warga asing sedang sibuk mengemas stor berkenaan, namun menyedari kehadiran polis mereka sempat meloloskan diri, katanya kepada pemberita, Isnin.

Ali berkata pihaknya percaya mercun tersebut diseludup masuk dari Thailand untuk dijual di pasaran tempatan bagi kegunaan semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, kesemua mercun berkenaan akan dilupuskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
mercun

Artikel Lain